Welcome
Assalamualaikum & Haii ! Terima kasih datang blog Ira ! Jangan lupa follow & tinggalkan link blog awak semua :) *Nak jadi bloglist saya ? Senang jee , bagi tahu saya di chatbox ! Magic Portal Tagboard
Music Credits
| Ohsemmm !
Wednesday, 28 March 2012 | 8:08 am | 0 0 0 Comment(s)
Assalamualaikum and Haii ! KLIK SINI Hari ni Ira nak kongsi al-kisah hidup Ira hari ni ! Hahaha , ada faham ? Ohh tak faham ? Okay , meh sini Ira terangkan .....sebenarnya , Ira nak cerita pasal hari ni , I mean apa yang terjadi pada hari ini iaitu hari Rabu yaa ! Hah ! Faham ? Harap faham lah yee , kalau tak faham juga , korang buat-buat faham ja la . Pagi tadi Ira bangun dengan malasnya dan buat kerja sekolah yang bertimbun-timbun dah berapa hari tak buat .. Hehehe , bukan malas taw ! Tapi Ira kan ada latihan choral speaking versi Bahasa Melayu selama seminggu tapi tu semua dah berlalu (baru je berlalu semalam) Untuk pengetahuan korang semua , sekolah Ira ada dua sesi iaitu petang & pagi .. Form 1 & 2 petang dan selebihnya tu pagi . Ira sesi petang laa , sebab Ira baru form 2 :) muda lagi yaw ! Disebabkan hari ini hari Rabu , Ira ada kelas ICT .. kelas ICT tu kelas komputer , jadi Ira kenalah datang awal ke sekolah . Boleh tahan awal jugaklah . Pukul 12.00 tengah hari kelas ICT Ira dah start . Ira suka sangat datang kelas ICT sebab cikgu Ira tu , sporting sangat !! Cikgu perempuan ya ! Hari ni kawan Ira dua orang tak datang ! Haiisssh pemalas betullah ! Haha , korang jangan ikut macam mereka ya , PEMALAS ! Heee , tak adalah . Sebenarnya diorang tak datang sebab penat baru balik dari pertandingan Choral Speaking semalam . Tapi walau[un diorang tak datang kelas tetap kecoh ! Kecoh ya ampun !! Haha .. Lepas tu , kawan Ira (Qera) belanja Ira dengan sorang lagi kawan Ira (Pecha) makan Ice-cream , kitorang beli dekat koperasi sekolah ! Sedap !!! Berangin lagii Ice-cream tu ! Haha , Terima Kasih ya Qera ! Hah , apa lagi eh ?? Ummm (fikir sekejap) . Oh ya ! Sampai di sini sajalah cerita Ira pada hari ini ya kawan-kawan ! Haha , jangan marah ! Okay , babai ! Selamat malam , jangan lupa buat kerja sekolah tu !
|